KUALA LUMPUR: Program pemulihan negara tidak mampu dilaksanakan tanpa pemulihan sosioekonomi rakyat yang bukan sahaja menyelamatkan segmen B40 tetapi juga M40 yang kini berisiko terjerumus ke dalam kancah kemiskinan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata kerajaan perlu menyalurkan dana yang mencukupi, pelaksanaan moratorium bank secara automatik, subsidi gaji dan pengenalan insuran pekerjaan automatik buat semua rakyat Malaysia yang bekerja.
Menurutnya, keengganan kerajaan mengeluarkan dana untuk membiayai sara hidup rakyat tidak boleh dijadikan alasan kepada pembukaan industri yang berterusan.
"Negara juga tidak mampu pulih sekiranya (perusahaan kecil dan sederhana) PKS tidak diberi pemanjangan tempoh moratorium automatik sebagaimana disaran pakar ekonomi lantaran 37.7 peratus daripada PKS akan gulung tikar buat selama-lamanya sekiranya (Perintah Kawalan Pergerakan) PKP berterusan.
"Bukan sahaja PKS terbeban, tetapi syarikat bertangga M40 di Permatang Pauh seperti De’ Pauh Cafe mengalami kerugian yang besar dan terjejas kewangannya hampir 90 peratus; manakala Restoran Fauzan Kari Kepala Ikan pula terpaksa menutup operasi mereka apabila menanggung hutang yang semakin menggunung," katanya dalam satu kenyataan media.
Tegasnya, Nurul Izzah berkata pengumuman perancangan bantuan tunai maksimum RM500 dan geran PKS RM1,500 beserta upah RM600 seorang hanya untuk sebulan adalah tidak memadai.
Mengulas berkenaan nasib pekerja, beliau berkata ramai yang secara semberono dipotong gaji atau dibuang.
"Sedarlah bahawa negara hanya mampu pulih sekiranya pekerjanya mampu terus hidup.
"Cadangan pemberian subsidi gaji sekurang-kurangnya RM1,500 selama tiga bulan, dan bukannya sekadar RM600 sebulan sebagaimana diumum, perlu diambil kira melihat realiti kadar pengangguran yang kini mencecah 5.1 peratus dengan pengangguran belia berusia 15 hingga 24 tahun meningkat sehingga 13.7 peratus," jelasnya.
Justeru, beliau berpandangan tiba masanya program pemulihan negara menerusi Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) dilaksana dengan serta-merta.
Malah, beliau menggesa pelaksanaan Pelan Induk Perlindungan Sosial Kebangsaan yang telah dibentangkan sekian lama bagi memastikan sumber kewangan digunakan secara optimum dan diagihkan secara efisien untuk menepati impak yang disasarkan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Jun 17 2021
Keengganan kerajaan mengeluarkan dana untuk membiayai sara hidup rakyat tidak boleh dijadikan alasan kepada pembukaan industri yang berterusan. - Astro AWANI
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI perkenalkan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI adalah titik tolak penting untuk memperkenal Kerajaan Perpaduan dan semua jentera agensi kerajaan untuk dikenali sebaiknya oleh rakyat.
Kekal kemenangan pada PRU akan datang, agenda dapat terus dilaksana - Nurul Izzah
Katanya, kemenangan itu harus bermula dengan Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan tahun depan.
'Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15'
Nurul Izzah mengakui hakikat Pas telah berjaya menusuk kalbu anak-anak muda.
Nepostisme: Prinsip PM terhakis selepas tidur sebantal dengan UMNO dan BN? - Wan Saiful
Amalan nepotisme pernah ditentang Anwar Ibrahim dan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum ini.
Hassan Marican pelawa Nurul Izzah ketuai Sekretariat Badan Penasihat Menteri Kewangan
Nurul Izzah Anwar dipelawa untuk mengetuai bersama sebuah sekretariat bagi menyokong Badan Penasihat Khas kepada Menteri Kewangan.
[KOLUMNIS] Hitam-putih kontroversi pelantikan Nurul Izzah
Rasulullah pernah melantik menantunya, Othman ibn Affan sebagai penjaga Madinah ketika baginda keluar memimpin tentera Islam di Badr.
Pelantikan Nurul Izzah undang perdebatan di media sosial
Kebanyakan berbeza pandangan sambil ada yang setuju kerana yakin pengalaman dan pendidikan Nurul Izzah sesuai dengan jawatan tersebut.
Pengalaman, bakat Nurul Izzah dapat bantu bangunkan negara
Nurul Izzah sebelum ini pernah melaksanakan kajian kemiskinan multidimensi Permatang Pauh yang dapat menyumbang kepada indeks kemiskinan negara.
Penasihat kanan PM: Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar
Menurut Perdana Menteri, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat.
Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM
Beliau mendedahkan peranan beliau sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri yang juga ayahnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.